Wednesday, February 10, 2010

Award Untuk Followers

Cantik?

Ohya, adakah kami ketinggalan zaman, baru nak buat award?

Jujur Riha cakap, ya. Tapi ambil sajalah ya. Penat buat.

Sila ambil dan follow, kami follow awak balik! Just leave your link kat chatbox okey!

Kami The Little

Salam, Riha di sini!! **Ow, muka ceria tak bole blah.

Kembali aktif, Fancy Angels!


Adakah banner ini cantik? Aku buat guna Photoscape.

Tulisan tak bergerak, masih lagi belum discover nak buat camne.

Ops, terbabas tajuk pulak.

Oke, abaikan. Mari lets get rock semula di SSB, kanak-kanak The Fancy! **Sejak bilakah kami ni kanak-kanak?

Raya Cina ni kita patut hangat2 semula.... yeah! Buat contest banyak2, parti minicute di SSB, bak kata Nina The Leader. Memang Riha ada buat cadangan, dan hadiahnya bukan setakat hadiah SSB, tapi hadiah real life pun ada! **Bergantung kepada berapa grandnya contest dan berapa ramai yang masuk.

Kali ini:

ABS Design sudah dengan jayanya berkubur. No more beibeh. Riha penat nak guna glitterfy, its a very old dengan dah lama punya cara. Guna editor sendiri lah kan. Kita buat macam cadangan Nina ABS,

  • Fashion Designer Contest. Designkan satu clothing yang paling cantik dan kreatif. Tema later, kita kena dapat sepakat semua ahli ABS's Family.
  • Banner Contest. Buat banner untuk ABS (TFA diutamakan, yang lain-lain dilupakan didahulukan. Contest ini mungkin dapat hadiah alam nyata. Taktau lagi hadiah apa nak kasi.
Itu baru apa yang Riha fikir sajalah. Kita tunggu cadangan ahli lain. Nanti Riha akan bincang dengan Nina, Shasha dan Meow. Kita taknak ada ahli yang tak tahu apa-apa. Semua mesti amik part. Meeting WAJIB hadir. Alasan tolong emak kemas rumah tak diterima yaa xD.

Kali ni, ABS pun boleh masuk, pelajar SSB boleh masuk, bukan pelajar SSB pun boleh! Best kan? Kalau bukan pelajar SSB, boleh submit penyertaan ke emel penganjur.

Rasa teruja tak?

Okey, kalau teruja nantikan kami cuti Tahun Baru Cina nanti! Selamat mengenjoykan diri!

Salam Satu ABS,
Riha J =D

Thursday, December 17, 2009

Pengumuman!!

Dengan ini... Riha nak umumkan... ABS family akan mengadakan...

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]


Keterangan: Ini ialah minggu official ABS untuk beramah mesra dengan semua pelajar SSB dan supaya mereka mengenal ABS dengan lebih dekat.

Tempoh ABS Week ini ialah selama 5 atau 7 hari. Sepanjang minggu tersebut ada ABS Design, di mana pelanggan yang terdiri drpd pelajar2 SSB selain ABS yang paling setia dengan ABS Design akan mendapat hadiah. Selain itu, kita juga akan adakan contest lain sepanjang minggu ABS.

Hadiah: Hadiah akan diberi melalui Gift Me di SSB bagi semua pemenang selepas tamat minggu ABS oleh penganjur pertandingan ataupun sponsor. Jadi, pls hadirkan diri ke mesyuarat ABS ya... Riha akan berbincang dgn Nina utk tetapkan tarikhnya. Shasha sudah sahkan, dia boleh sponsor sedikit hadiah. Riha pula sudah berbajet utk spend 200 merit untuk ABS. Harap ada juga ahli lain yang ingin sponsor.

Antara contest yang akan dijalankan:

- LuckyDraw

-Explorace SSB

-ABS Design

dan banyak lagi! Sesiapa ada cadangan aktiviti, bolehlah bentangkan semasa mesyuarat ABS yang semua orang WAJIB HADIR. Kalau Nina sudah tetapkan tarikh meeting, Riha akan inform di blog ini.

Ahli ABS, TFA dan TCA tidak boleh menyertai sebarang contest yang dibuat, cuma hadiah akan diberikan kepada:

-ahli paling banyak menyumbang merit
-ahli paling banyak attract student utk masuk contest abs
-ada lagi! Nanti kita fikir sama-sama di mesyuarat!

Rajin-rajin juga lawat Butik ABS aka ABS Design dan sumbang jugalah apa-apa; tshirt, sweater or heels utk design ABS. Klik sini untuk lawat!


ABS aktif dan terus maju! Salam 1 ABS,
Riha
Karya Girl The Fancy Angels

Novel The Fancy Angels! Ep 1-2

Teen Mie- Dikaulah Bulan Penuh Jerawat Batu.


"Hey, Nina!" Mie, pengawas skema Sekolah Sri Bangsar yang pintar menjerit memanggil Sharina, pelajar berpengaruh dan popular tetapi selalu melanggar peraturan.

"Apa?" Nina berpusing, kemudian menyedari kakinya sedang landing di atas rumput hijau laman sains SSB.

Mie melangkah gaya pengawas berkuasa dan menekan badge bertulis "P" di tudungnya. "Awak.. (tangannya menunjuk gaya primadona ke arah Nina) pijak...(dia merenung kaki Nina) rumput. (Dia bawa keluar buku nota)

"Rumput? Oh maaflah rumput sekalian, saya hendak cepat. Ada meeting ABS ni. Hendak bincang perkara penting. Ok bye!" Nina berlari menuju bilik persatuan tanpa mengendahkan Mie yang tercengang dengan buku nota terkepit di celah ketiak dan pen terselit di jari pendek gemuknya.

Mie, (nama penuh tidak diketahui) dia memang ingin menjadi sepopular kumpulan hebat di SSB seperti ABS, The Cutebabes, Phoenix dan PrettyCoolBabes. Baru-baru ini ada kumpulan baru, T.L.L.L tetapi Mie lupa nama penuhnya.

Oh, Mie terlalu ingin jadi seperti mereka!

^*^*^*^*^^*^*^*^*^*

"Hai!" Nina melabuhkan punggung dan menyeluk tangan ke dalam beg galasnya untuk mengambil buku nota.

Hampir semua ahli ABS berada di dalam bilik itu. Paling haru, Riha dan April masing-masing baring penuh sukaria di atas permaidani dan berborak sesama sendiri. Nampak sahaja Nina, terus masing-masing jadi Statue of Liberty duduk tegak seperti tekong di atas kerusi!

Mie mengintai dari celah tingkap melihat seronoknya mereka bermesyuarat. Mie cemburu! Terngiang kata-kata pedas ahli kumpulan bimbo sedunia, BungaLovers;

"ada hati nak join kami, muka pun penuh bertempat jerawat batu,"

Mie betul-betul bengang dengan kata-kata pedas ketua BungaLovers yang ahlinya hanya lima orang itu. Tekad Mie, dia harus punya prestij sendiri!

"Okey, jadi sekarang topik utama kita apa?" Shasha, presiden AB Junior yang terkenal sebagai 'penulis novel terbaik' mula bersuara. Ahli lain berpandangan, sebelum seorang ahli AB Senior yang famous dengan SSB SERIESnya iaitu Aqila mengangkat tangan dan bersuara.




"Dengarnya Nina kata hendak buat baju-T semua ABS?"



Nina angguk-angguk. "Setakat ni tabungan sudah hampir cukup, cuma Meow masih belum jumpa design paling baik untuk kita semua,"



"Kita semua sudah sepakat kan hendak pilih selain pink?" Liya pula melontar pertanyaan sambil menulis sesuatu pada buku notanya.



"Pink kumpulan bimbo BungaLovers tu sudah pilih," Liya memberi info percuma yang memang sudah diketahui semua.



Riha menyelit pennya di dalam anak tudung. "Kita pilih warna apa?"



Nina, Shasha dan Niesa menjawab serentak, "lilac." dan kedengaran suara-suara teruja ahli lain. Lilac, warna yang dipersetujui semua yang memang suka dengan warna tersebut.

*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Mie masih berdiri di luar, memikirkan cara untuk membubarkan mesyuarat tersebut. Kemudian satu simbol
mentol terlukis pada otaknya.

Ting! Mie menekan loceng bilik persatuan dan terjengah wajah Sofea membuka pintu. "Eh... Teen! Teen Mie!"

Semua ahli meluru ke pintu. Mie, penolong ketua pengawas yang bertabur jerawat batu dan dipanggil 'teen' kerana ke'skema'an melampaunya, tiba-tiba menziarah bilik persatuan sedangkan dia hidup bersendirian tanpa sebarang kumpulan. Aneh!

"Awak semua gunakan bilik ini tanpa keizinan Cikgu Ain Maisarah ya?" Ain Fatihah, Aida Liyana, April, Niesa, Riha dan Shasha terkekek-kekek ketawa kecil. Kasihan betul pada Mie!

Nina berdiri hilang sabar. Dia mengambil surat kebenaran dari beg galas BENETTON miliknya dan menolaknya betul-betul di hadapan batang hidung Mie. Tak boleh tolak kuat sangat, nanti melekat dek minyak pada muka yang terlalu banyak dosnya!

"Buta atau tak tahu membaca?" sinis Nina bertanya. Ahli lain ternganga. Selama ini Nina orangnya lemah lembut dan sporting tetapi boleh menjadi sesinis itu!

Ini memang drama percuma.

"Pergi sekarang!" jeritan itu menjerkah telinga Mie dan takat dendamnya menular hingga paras infiniti!

Apa akan terjadi seterusnya? Siapa geng terbaru Mie yang akan ditubuhkan bagi menghancurkan ABS? Ataupun mungkin Mie menghasut kumpulan lain untuk melancarkan perang dengan kumpulan tersebut?

Saturday, November 14, 2009

Novel The Fancy Angels -Episode 1-3

The PrettyCoolBabes.

Semua ahli The PrettyCoolBabes mengetuk pen ke kepala masing-masing. Pening! Itulah yang dapat disimpulkan.

Alyia: Boleh tak kalau kita masak maggi goreng sahaja?

Syaza: (gigit pen) Saya lapar.

Alyia: Kalau kita semua dah dapat idea, nanti saya order Pizza Hut okey girls!

Mata semua ahli TPCB terbuka luas dan bersinar bak matahari! Yeah.. inilah yang dinanti!

*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^^**^*^*^*^*^*^*^

Rumah Farhah. >> Mesyuarat TPC.

Nina: Okey, sekarang kita dah pasti kita akan buat bihun putih aka bihun singapore tu?

Farhah: Of course. Lagipun itu aje yang saya tahu masak.

Nina: Eloklah tu daripada I. I masak maggi pun tak reti.

Semua ahli The Cutebabes ketawa dengan kata-kata Nina itu. Masing-masing memakai apron.

Fatira: Bahan-bahan sudah cukup? Kita boleh mula practice memasak sekarang.

Farhah: Of course kita bol...

Serentak semua ahli The Cutebabes menjerit tak tentu hala!!!!

Apa yg dah berlaku? Nantikan sambungannya..

Novel The Fancy Angels -Episode 1-2

The PrettyCoolbabes

"Alyia,kita kenalah rancang untuk menang pertandingan memasak tu walaupun kita tak reti sangat memasak."ucap Syaza ketika perjumpaan tentang Pertandingan Memasak anjuran Puan Suziela di Taman Rekreasi Taman Ria Bangsar.

"Yes...of course! Kita kan bergabung, so,kita juga perlulah bekerjasama!"ujar Alyia pula.

"Korang semua, mari sini. Buat bentuk bulatan. We start our decision now!"
Semua ahli dari The Prettybabes dan The Cool Babes yang bergabung berkumpul.

The Cutebabes
Farhah:Helo, can I speak to Nurina?
Nina:Yes, Nina speaking.
Farhah:About the cooking competition, suruh semua ahli The Cutebabes berkumpul di rumah saya untuk perbincangan.
Nina:Okay,leader! Roger and out!

The Dazzling Fives
Ahli The Dazzling Fives berkumpul pula di rumah Haiza, penolong The Dazzling Fives yang punya lima ahli itu.

Azira:I don't think that our group will involve in the cooking competition.
Haiza:Me too!
Ririn:Yes, pertandingan mengarut yang menyeksakan tu? Never!
Fiza:Apa kata kalau kita tarik diri?
Dania:Mana mungkin,Puan Suziela takkan benarkan mana-mana group tarik diri!
Azira:Alah,kita bukankah berkuasa?
Haiza:Dan berpengaruh!
Azira:Okay, Fiza, saya arahkan awak cakap dengan Puan Suziela kerana awak yang mencadangkannya!
Fiza:Okay!

The Fancy Angels
Shasha:Nah ni laptop saya.
Aida:Kita buat research tentang nak memasak macam mana.
Riha:Cop! Apa yang kita nak masak sebenarnya ni? Mana boleh tanpa perancangan nak masak apa.
Qiqi:Betul tu! Mee ke, nasi goreng ke? Whatever!
Mimi:How about kita masak nasi goreng?
Niesa:Good idea! I really love fried rice.
Lyra:Ini bukan kisah tentang suka atau benci. Mestilah dengan persetujuan ahli kumpulan.
Yumisha:Ha'ah,betul tu.
Niesa:O'm sorry.
Shasha:It's okay,girl.
Nur:So?Apa?
Ain:Nasi goreng saja lah senang.
Arin:Okay jugak tu.
Shasha:Excellent! Buat research now!

Novel The Fancy Angels -Episode 1-1

"Kringggggggggggggg!"bunyi lonceng tanda waktu rehat bermula. Semua ahli The Fancy Angels berkumpul di meja Shasha dan Riha untuk pergi ke kantin bersama-sama.

"Wuh,bingit betullah bunyi tu! We're not deaf,right?"tanya Aida. Dia adalah penolong kumpulan The Fancy Angels.

"Haha...betullah tu!"sokong Qiqi atau nama sebenarnya Faqihah Adnin.

"Okay,let's go girls!"ujar Shasha. Dia mengatur langkah dan diikuti kuncu-kuncunya yang lain.

#*#*#*#*

"Hello,guys!"Qistina, kawan sekelas mereka datang ke meja tempat mereka makan.

"Hello."balas ahli kumpulan The Fancy Angels tidak terlalu serentak.

"Ada apa?"tanya Nadia.

"Saya nak bagitahu awak semua, nanti lepas rehat,pergi ke makmal komputer Gemilang kerana ada hal yang hendak dibincangkan."jelas Qistina,panjang lebar.

"Oh,thanks for the information."Mimi mewakili ahli The Fancy Angels yang lain. Shasha mengenyitkan matanya ke arah Mimi menandakan itu sesuatu yang bagus dan memang patut dilakukan.

#*#*#*#*

"Awak tahu apa yang saya mahu bincangkan?"tanya Puan Suziela kepada murid-muridnya.

"Ish dia ni. Manalah kita tahu."rungut Aida yang duduk sebelah kanan Shasha selain Riha di kirinya.Shasha hanya tersenyum. Sebenarnya, dia juga hendak mengucapkan kata-kata itu tadi.

"Saya akan mengadakan Pertandingan Memasak!"ujar Puan Suziela dengan semangat terlalu waja.

"Apa?!"Murid-muridnya tercengang.

"Erk....saya tak silap dengar ke?"tanya Nina The Cutebabes kepada Fatira yang juga ahlinya.

"Kita belum pekak lagi! Masak?! Oh my..."keluh Fatira.

"Well....pertandingan ni akan diadakan hari Sabtu minggu depan!"Puan Suziela masih dengan semangatnya.

"Hah?"tercengang semua murid kelas itu.

"Semua boleh bersurai. Sebelum itu, sila bincangkan bahan-bahan yang perlu dibawa. Kalau tidak, kamu akan didenda!"ugut Puan Suziela.

Novel The Fancy Angels -Episode 1

Episod 1 #

Shasha mengetuk-ngetuk pensel mekanikalnya. Riha yang duduk di sebelahnya melambai-lambaikan tangan di depan mata Shasha untuk menyedarkannya kerana dia nampak seperti tidak hidup. Diam. Membisu. Riha memang patut pun pelik.

"Shasha?"tanya Riha sambil menggoyang-goyangkan lengan Shasha."Berangan ke?"tanyanya lagi.

"Ha, betul sangatlah tu! Ketua kau tu asyik nak berangan saja. Tak ada kerja lain!"tiba-tiba, ketua kumpulan The Dazzling Fives menyibuk datang ke meja mereka. Riha menjeling Azira dengan jelingan tajam ala pedang samurai. Dengan ayat itu, Shasha seolah-olah hidup kembali.

"Wey, sedapnya mulut kau mengata..."balas Riha. Shasha hanya tersenyum sinis.

"Nih, kau jangan ingat dengan apa yang kau buat sekarang boleh mengatasi tahap kepopularan kami!"tiba-tiba, Azira masuk slot merepek! Oh, dia memang begitu. Ibu dan ayahnya sepupu. Apabila kahwin, gen dekat sangat.

"Pergi lah Azira. Jangan menyibuk hal orang!"marah Shasha yang tadi hanya berdiam diri.

Jawatan The Fancy Angels!

Hello! Ain here.
Ade ker yg belum tau jwtn2 yg dipegang oleh ahli
THE FANCY ANGELS?
Ok skrg saya nk bagitau yeah!
Ketua~Shasha~Acha
Penolong~AidaLiyana99
AJK 1~Arin
AJK 2~ lis97
Gossip Girl 1~ Yumi/Sha
Gossip Girl 2~ Qiqi/Sha
Karya Girl ~Riha
Setiausaha~AinFatihah
Idea Gurl 1~ Mimi
Idea Gurl 2~ Niesa
Web Gurl~ Ana Nadia
Inspiration Gurl~ Nur


ngee~
Diharap semua ahli2 dpt melaksanakan tugas dengan baik yer.
Ok ar sampai sini jerk post kali ni
; )

Setiausaha The Fancy Angels,
Ain Fatihah





Sunday, November 8, 2009

Jawatan Masih Kosong!

Korang semua,sorry sangat sebab Sha dah lama dah tak update blog The Fancy Angels. Sejak kebelakangan ni,Sha sibuk.
Antaranya adalah~
Demam chicken pox
Majlis di sekolah
Buat novel di SSB

Nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak.
Dan kali ini,Shasha nak informkan beberapa jawatan yang sudah dijawat oleh ahli Fancy Angels

Ketua:Shasha
Penolong:Aida
AJk 1:Arin
AJk 2: ???
Gossip gurl 1:???
Gossip gurl 2:???
Karya Gurl: Riha
Setiausaha:???
Idea Gurl 1:???
Idea Gurl 2: ???
Web Gurl: Ana Nadia
Inspiration Gurl: Nur [april 15]

Itu Sahaja jawatan yang sudah dijawat. Kepada semua ahli Fancy Angels iaitu AB Junior, sila pilih jawatan atau saya dan Nina akan buat pemilihan sendiri.

Leader Fancy Angels,
Shasha