Saturday, November 14, 2009

Novel The Fancy Angels -Episode 1-1

"Kringggggggggggggg!"bunyi lonceng tanda waktu rehat bermula. Semua ahli The Fancy Angels berkumpul di meja Shasha dan Riha untuk pergi ke kantin bersama-sama.

"Wuh,bingit betullah bunyi tu! We're not deaf,right?"tanya Aida. Dia adalah penolong kumpulan The Fancy Angels.

"Haha...betullah tu!"sokong Qiqi atau nama sebenarnya Faqihah Adnin.

"Okay,let's go girls!"ujar Shasha. Dia mengatur langkah dan diikuti kuncu-kuncunya yang lain.

#*#*#*#*

"Hello,guys!"Qistina, kawan sekelas mereka datang ke meja tempat mereka makan.

"Hello."balas ahli kumpulan The Fancy Angels tidak terlalu serentak.

"Ada apa?"tanya Nadia.

"Saya nak bagitahu awak semua, nanti lepas rehat,pergi ke makmal komputer Gemilang kerana ada hal yang hendak dibincangkan."jelas Qistina,panjang lebar.

"Oh,thanks for the information."Mimi mewakili ahli The Fancy Angels yang lain. Shasha mengenyitkan matanya ke arah Mimi menandakan itu sesuatu yang bagus dan memang patut dilakukan.

#*#*#*#*

"Awak tahu apa yang saya mahu bincangkan?"tanya Puan Suziela kepada murid-muridnya.

"Ish dia ni. Manalah kita tahu."rungut Aida yang duduk sebelah kanan Shasha selain Riha di kirinya.Shasha hanya tersenyum. Sebenarnya, dia juga hendak mengucapkan kata-kata itu tadi.

"Saya akan mengadakan Pertandingan Memasak!"ujar Puan Suziela dengan semangat terlalu waja.

"Apa?!"Murid-muridnya tercengang.

"Erk....saya tak silap dengar ke?"tanya Nina The Cutebabes kepada Fatira yang juga ahlinya.

"Kita belum pekak lagi! Masak?! Oh my..."keluh Fatira.

"Well....pertandingan ni akan diadakan hari Sabtu minggu depan!"Puan Suziela masih dengan semangatnya.

"Hah?"tercengang semua murid kelas itu.

"Semua boleh bersurai. Sebelum itu, sila bincangkan bahan-bahan yang perlu dibawa. Kalau tidak, kamu akan didenda!"ugut Puan Suziela.

No comments: