Thursday, December 17, 2009

Novel The Fancy Angels! Ep 1-2

Teen Mie- Dikaulah Bulan Penuh Jerawat Batu.


"Hey, Nina!" Mie, pengawas skema Sekolah Sri Bangsar yang pintar menjerit memanggil Sharina, pelajar berpengaruh dan popular tetapi selalu melanggar peraturan.

"Apa?" Nina berpusing, kemudian menyedari kakinya sedang landing di atas rumput hijau laman sains SSB.

Mie melangkah gaya pengawas berkuasa dan menekan badge bertulis "P" di tudungnya. "Awak.. (tangannya menunjuk gaya primadona ke arah Nina) pijak...(dia merenung kaki Nina) rumput. (Dia bawa keluar buku nota)

"Rumput? Oh maaflah rumput sekalian, saya hendak cepat. Ada meeting ABS ni. Hendak bincang perkara penting. Ok bye!" Nina berlari menuju bilik persatuan tanpa mengendahkan Mie yang tercengang dengan buku nota terkepit di celah ketiak dan pen terselit di jari pendek gemuknya.

Mie, (nama penuh tidak diketahui) dia memang ingin menjadi sepopular kumpulan hebat di SSB seperti ABS, The Cutebabes, Phoenix dan PrettyCoolBabes. Baru-baru ini ada kumpulan baru, T.L.L.L tetapi Mie lupa nama penuhnya.

Oh, Mie terlalu ingin jadi seperti mereka!

^*^*^*^*^^*^*^*^*^*

"Hai!" Nina melabuhkan punggung dan menyeluk tangan ke dalam beg galasnya untuk mengambil buku nota.

Hampir semua ahli ABS berada di dalam bilik itu. Paling haru, Riha dan April masing-masing baring penuh sukaria di atas permaidani dan berborak sesama sendiri. Nampak sahaja Nina, terus masing-masing jadi Statue of Liberty duduk tegak seperti tekong di atas kerusi!

Mie mengintai dari celah tingkap melihat seronoknya mereka bermesyuarat. Mie cemburu! Terngiang kata-kata pedas ahli kumpulan bimbo sedunia, BungaLovers;

"ada hati nak join kami, muka pun penuh bertempat jerawat batu,"

Mie betul-betul bengang dengan kata-kata pedas ketua BungaLovers yang ahlinya hanya lima orang itu. Tekad Mie, dia harus punya prestij sendiri!

"Okey, jadi sekarang topik utama kita apa?" Shasha, presiden AB Junior yang terkenal sebagai 'penulis novel terbaik' mula bersuara. Ahli lain berpandangan, sebelum seorang ahli AB Senior yang famous dengan SSB SERIESnya iaitu Aqila mengangkat tangan dan bersuara.




"Dengarnya Nina kata hendak buat baju-T semua ABS?"



Nina angguk-angguk. "Setakat ni tabungan sudah hampir cukup, cuma Meow masih belum jumpa design paling baik untuk kita semua,"



"Kita semua sudah sepakat kan hendak pilih selain pink?" Liya pula melontar pertanyaan sambil menulis sesuatu pada buku notanya.



"Pink kumpulan bimbo BungaLovers tu sudah pilih," Liya memberi info percuma yang memang sudah diketahui semua.



Riha menyelit pennya di dalam anak tudung. "Kita pilih warna apa?"



Nina, Shasha dan Niesa menjawab serentak, "lilac." dan kedengaran suara-suara teruja ahli lain. Lilac, warna yang dipersetujui semua yang memang suka dengan warna tersebut.

*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Mie masih berdiri di luar, memikirkan cara untuk membubarkan mesyuarat tersebut. Kemudian satu simbol
mentol terlukis pada otaknya.

Ting! Mie menekan loceng bilik persatuan dan terjengah wajah Sofea membuka pintu. "Eh... Teen! Teen Mie!"

Semua ahli meluru ke pintu. Mie, penolong ketua pengawas yang bertabur jerawat batu dan dipanggil 'teen' kerana ke'skema'an melampaunya, tiba-tiba menziarah bilik persatuan sedangkan dia hidup bersendirian tanpa sebarang kumpulan. Aneh!

"Awak semua gunakan bilik ini tanpa keizinan Cikgu Ain Maisarah ya?" Ain Fatihah, Aida Liyana, April, Niesa, Riha dan Shasha terkekek-kekek ketawa kecil. Kasihan betul pada Mie!

Nina berdiri hilang sabar. Dia mengambil surat kebenaran dari beg galas BENETTON miliknya dan menolaknya betul-betul di hadapan batang hidung Mie. Tak boleh tolak kuat sangat, nanti melekat dek minyak pada muka yang terlalu banyak dosnya!

"Buta atau tak tahu membaca?" sinis Nina bertanya. Ahli lain ternganga. Selama ini Nina orangnya lemah lembut dan sporting tetapi boleh menjadi sesinis itu!

Ini memang drama percuma.

"Pergi sekarang!" jeritan itu menjerkah telinga Mie dan takat dendamnya menular hingga paras infiniti!

Apa akan terjadi seterusnya? Siapa geng terbaru Mie yang akan ditubuhkan bagi menghancurkan ABS? Ataupun mungkin Mie menghasut kumpulan lain untuk melancarkan perang dengan kumpulan tersebut?

No comments: