Saturday, November 14, 2009

Novel The Fancy Angels -Episode 1

Episod 1 #

Shasha mengetuk-ngetuk pensel mekanikalnya. Riha yang duduk di sebelahnya melambai-lambaikan tangan di depan mata Shasha untuk menyedarkannya kerana dia nampak seperti tidak hidup. Diam. Membisu. Riha memang patut pun pelik.

"Shasha?"tanya Riha sambil menggoyang-goyangkan lengan Shasha."Berangan ke?"tanyanya lagi.

"Ha, betul sangatlah tu! Ketua kau tu asyik nak berangan saja. Tak ada kerja lain!"tiba-tiba, ketua kumpulan The Dazzling Fives menyibuk datang ke meja mereka. Riha menjeling Azira dengan jelingan tajam ala pedang samurai. Dengan ayat itu, Shasha seolah-olah hidup kembali.

"Wey, sedapnya mulut kau mengata..."balas Riha. Shasha hanya tersenyum sinis.

"Nih, kau jangan ingat dengan apa yang kau buat sekarang boleh mengatasi tahap kepopularan kami!"tiba-tiba, Azira masuk slot merepek! Oh, dia memang begitu. Ibu dan ayahnya sepupu. Apabila kahwin, gen dekat sangat.

"Pergi lah Azira. Jangan menyibuk hal orang!"marah Shasha yang tadi hanya berdiam diri.

No comments: